Ada keju meleleh, rendang ayam... Jom check-out menu rare buat kaki burger!

The BGR menyediakan pelbagai burger yang cukup menyelerakan!

PENGGEMAR burger pastinya tidak ketinggalan mencari 'port' terbaik untuk mencuba menu terbaharu berbeza daripada yang lain.

Menariknya, kini kita boleh menikmati pelbagai jenis burger yang diubah mengikut citarasa masing-masing, dengan adunan resepi sendiri yang mampu membuat anda terliur.

ARTIKEL BERKAITAN: Isi masa terluang sebelum waktu tayangan, jom nikmati hidangan enak di Jin Gastrobar

Sejak tahun lalu, The BRGR menjadi sebutan 'kaki burger' di serata Lembah Klang gara-gara rasanya yang luar biasa terutama patty daging lembu yang mampat dan segar.

Puas hati dengan 'double patty' . 

Kafe The BRGR yang terletak di No G-20, PV12 Platinum Lake Condominium, Jalan Langkawi, Setapak ini dibuka sejak Mei tahun lalu menyediakan pelbagai menu menarik untuk dinikmati.

Pengurus kafe, Winson memberitahu, The BRGR menjadi pilihan pelbagai peringkat umur. 

"Burger bukan makanan baharu bagi masyarakat Malaysia. Sejak dulu lagi burger sudah dijual di tepi jalan. Ia memang sudah menjadi budaya kita.

Dirty Cheesy Chicken antara pilihan pelanggan.

"Kami di BRGR memang mementingkan citarasa masyarakat Malaysia, selain kualiti menu yang dihasilkan.

"Paling penting patty daging lembu ini dibuat sendiri bagi menjaga kualiti rasanya itu. Setakat ini, saya gembira menerima feedback baik daripada pelanggan-pelanggan yang datang ke sini.

"Kami ada pelanggan setia yang setiap minggu akan datang menikmati pelbagai menu yang disediakan, malah ada pelanggan yang tinggal di Kajang datang ke sini semata-mata nak makan burger," kongsinya bersama mStar.

Burger rendang menjadi buruan penggemar burger.

Tambahnya, The BRGR di ibu negara ini adalah cawangan keduanya selepas pembukaan premis sulung di Pulau Pinang tahun sebelumnya.

Menu paling top

Terdapat 10 menu yang disediakan, namun  tiga set yang paling laris adalah Dirty Cheesy Chicken, Rendang Fried Chicken dan Oozy Woozy Chicken.

Apa yang paling menarik, hidangan yang disediakan ini hadir bersama air serta kentang goreng dan harganya amat berpatutan.

Winson bersama staf The BRGR.

Menurut Winson, 28, setiap menu yang disediakan adalah mengikut citarasa orang ramai.

"Seperti burger rendang, ia turut menjadi pilihan kerana masyarakat kita suka kepada rasa asli dan dari situ kita selitkan pembaharuan yang digabungkan bersama roti.

"Apa yang menarik lagi, walaupun set menu yang disediakan ini nampak besar, tetapi kita tetap mengekalkan harga yang mampu buat semua lapisan pelanggan," ujarnya.

Staf sibuk menyediakan pesanan pelanggan.

Sementara itu, penulis sempat merasa sendiri kesedapan The BRGR ini dan ternyata ianya ia bukan sekadar 'cakap-cakap kosong' memandangkan rasanya sangat membuatkan anda mampu menghabiskan sebiji burger double patty tanpa henti.

Begitu juga dengan pilihan yang disarankan, Rendang Fried Chicken yang rasanya sangat asli. Bezanya, ia dimakan dengan roti dan diselitkan dengan salad dan lain-lain.

Jadi, apa di tunggu lagi cuba menu burger menarik di kafe The BRGR yang dibuka bermula pukul 12 tengah hari sehingga 10.30 malam. Pasti puas hati!

Burger, Patty, daging, reng, BRGR

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain