Aneka nasi goreng premium, harga 'food court' di Food Monger - Selera | mStar

Aneka nasi goreng premium, harga 'food court' di Food Monger

Hidangan istimewa dari dapur Food Monger iaitu Nasi Goreng Roasted BBQ Beef Ribs memang cukup menyelerakan.

SIAPA yang tak suka nasi goreng? Malah ia menjadi antara menu yang biasa dipesan jika ke restoran atau melepak bersama rakan-rakan di kedai mamak mahupun medan selera.

Boleh dikatakan ia antara menu on the go terutamanya pada hari bekerja memandangkan waktu rehat terhad selain ia ringkas dan mengenyangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Keistimewaan menu Timur Tengah yang tiada seumpamanya kini di The Westin Resort & Spa Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jual kalau tak dapat 'green light' ibu... Masakannya 'Acah-Acah', tapi sedap macam mak masak!

Pelbagai menu set ekonomi yang dijual pada harga serendah RM10.

Namun nanti dulu... Kalau ke Cyberjaya jangan lupa singgah ke Food Monger yang terletak di Tamarind Square sebab di sana ada menyediakan nasi goreng premium tetapi dengan harga serendah RM29.

Memang tak pandang kiri dan kanan sebaik sahaja melihat Nasi Goreng Spices Lobster terhidang di atas meja yang cukup menyelerakan apatah lagi udang kara (lobster) digunakan cukup segar.

Tidak cukup dengan itu, Nasi Goreng Roasted BBQ Beef Ribs serta Nasi Goreng Honey Garlic Chicken antara menu yang akan membuatkan anda tak senang duduk dek keenakannya.

Pemilik Food Monger, Mohd Naufal Abd Latif (tengah) bersama dua pemilik vendor iaitu Zahir Ariffin (kiri) dengan menu Ayo! Fried Chicken dan pelakon Aedy Ashraf (Fam Fries).

Pemiliknya, Mohd Naufal Abd Latif, 33, ketika ditemui berkata, konsep Food Monger memang dibuat seperti medan selera namun menyediakan makanan premium dengan harga 'food court' bagi membolehkan pelanggan merasai keenakan menu berbeza daripada kebiasaan.

Selain itu kata Naufal, Food Monger turut menyediakan pelbagai makanan lain seperti makanan barat, Cina, Melayu dan India bersesuaian dengan lokasi yang mempunyai pelbagai latar belakang bangsa termasuk pelajar dari luar negara.

"Jika kita lihat demografi di Cyberjaya ia sangat antarabangsa kerana banyak pelajar luar negara di sini dan sebab itu saya mengetengahkan konsep medan selera dan menyediakan pelbagai menu multi-racial.

Nasi Goreng Spices Lobster dan Nasi Goreng Roasted BBQ Beef Ribs memang menyelerakan.

"Namun dalam pada itu, kami masih mengekalkan rasa tempatan yang menjadikan ia berbeza daripada hidangan di tempat lain," katanya.

Tidak hanya memfokuskan kepada menu premium, Food Monger juga mempunyai seleksi menu 'Ekonomi' serendah RM10 seperti Nasi Creamy Buttermilk Chicken, Nasi Garlic Soy Stir Fry Mushroom, Nasi Sweet & Tangy Beef Meatball dan sebagainya.

Rasanya juga tidak kalah seperti menu premium malah Naufal memberitahu Food Monger mempunyai cef berkemahiran dalam menyediakan setiap hidangan.

Suasana di Food Monger yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. 

Sejajar dengan konsep 'food court', restoran berkeluasan 4,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 220 pelanggan dalam satu masa itu turut menyediakan lima peniaga vendor.

Malah vendor yang dipilih juga bukan calang-calang dan sudah pun mempunyai nama seperti Ayo! Fried Chicken, Fam Fries dan 311 Satay.

Food Monger dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 2 pagi.

Fam Fries dan Ayo! Fried Chicken juga boleh didapati di Food Monger.

Food Monger , Cyberjaya , makan