suria

Countdown Neon Circus bawa keterujaan buat pengunjung Hotel Lexis Hibiscus PD

Kemeriahan aktiviti malam yang ditawarkan Hotel Lexis PD.

SENTIASA mencari kelainan dalam memberi keselesaan kepada tetamu merupakan keistimewaan kumpulan Hotel Lexis.

Setiap tahun, tetamu tidak melepaskan peluang untuk berkongsi keseronokan meraikan sambutan ambang tahun baharu dengan pelbagai aktiviti menarik dan menakjubkan.

Selepas kejayaan Karnival Countdown Funtastic 2022, pada tahun ini Karnival Countdown Neon Circus pula diperkenalkan bagi meraikan 2024.

Saat matahari terbenam di ufuk bagi mengucapkan selamat tinggal kepada 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson bertukar panorama indah dalam memberi keseronokan kepada kira-kira 2,000 tetamu.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi merayaka malam penuh warna warni ini demi menzahirkan kegembiraan kepada orang ramai.



Antara permainan karnival yang dianjurkan Hotel Lexis PD.

Aktiviti yang disediakan seperti zoo haiwan, permainan karnival, pertunjukan haiwan dan sarkas serta pertunjukan bunga api adalah magis penarik sambutan tahun baharu kali ini.

Satu-satunya resort tepi laut yang direka menyamai bunga Hibiscus dengan menampilkan 639 vila kolam bermandi cahaya gemerlapan saat jam menunjukkan pukul 12,01 malam, 1 Januari 2024.

Tidak sahaja acara hiburan, tentunya hidangan lazat BBQ bufet tempatan dan antarabangsa bersama minuman tanpa had serta pencuci mulut berjaya memambah dimensi gastronomi bagi meraikan 2024.

Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Prof. Datuk Mandy Chew Siok Cheng berkata karnival Countdown Neon Circus menjadi acara akhir yang megah untuk tahun 2023.

“Ia berjaya meninggalkan kenangan berharga kepada tetamu selain memberi kegembiraan dan kenangan yang akan kekal sepanjang hayat,” katanya.

Lebih menarik, beliau turut mengumumkan perancangan untuk memukau warga kota pada sambutan serupa tahun hadapan di Imperial Lexis Kuala Lumpur yang akan dibuka tidak lama lagi.

Katanya, hotel baharu ini memiliki pemandangan kota yang menjanjikan suasana malam memukau, bergaya dan mewah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain