suria

Dua tahun menyepi, Matta Fair kembali rancakkan industri pelancongan... jom rebut tawaran menarik, macam-macam ada!

Matta Fair pada tahun ini diadakan dalam suasana lebih sederhana dan patuh SOP.

PAMERAN Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) kembali berlangsung pada 20 dan 21 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menawarkan pelbagai pakej tiket penerbangan dan pelancongan menarik.

Ia adalah pameran lawatan fizikal pertama pelancongan yang diadakan selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik Covid-19 dengan protokol keselamatan kesihatan yang ketat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan rumah seketika, alami nikmat percutian sebenar... segala yang anda impikan ada dalam kempen terbaharu Marriot Bonvoy!

Acara itu kembali dengan kerjasama rakan kongsinya, Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan rasmi selain Firefly dan MASwings yang menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pengunjung.

Syarikat penerbangan negara itu akan menawarkan diskaun sehingga 35 peratus untuk penerbangan ke semua destinasi percutian di Malaysia dan lokasi terpilih bagi antarabangsa.

Tawaran ini juga tersedia secara dalam talian untuk perjalanan sehingga 30 Jun 2022.

Lebih menarik, ahli Enrich boleh mendapat diskaun 50 peratus mata bonus apabila mereka membeli tiket penerbangan dengan Malaysia Airlines semasa pameran itu untuk perjalanan sehingga 21 April 2022.

file77hfy1wrsb5172auclwj

Matta Fair memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan tiket dan pakej pelancongan dengan harga istimewa.

Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis tiket penerbangan seperti Economy Lite yang menawarkan bagasi kabin percuma seberat tujuh kilogram, hiburan dalam penerbangan, makanan dan minuman ringan percuma.

Selain itu pelanggan boleh memilih fleksibiliti dengan Flex Ekonomi yang disertakan dengan faedah seperti perubahan tarikh tanpa had, bayaran balik, daftar masuk keutamaan dan elaun bagasi daftar masuk seberat 35 kilogram tanpa bayaran tambahan.

Mereka yang membeli tiket penerbangan Malaysia Airlines daripada ejen yang mengambil bahagian pada pameran itu juga boleh membawa pulang barangan edisi terhad oleh Firefly, Maswings dan Enrich.

Setiap pembelian tiket kelas Ekonomi, pengunjung boleh menyertai peraduan untuk memenangi peluang menukar tiket kelas Perniagaan oleh Malaysia Airlines.

Tidak cukup dengan itu, Malaysia Airlines turut menawarkan lima tiket pergi balik kelas Perniagaan dan lima tiket pergi balik kelas Ekonomi ke destinasi domestik dan antarabangsa melalui MATTA’s Buyers’ Contest.

Lau

Lau memberitahu Matta Fair dapat memulihkan industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik.

Firefly pula menawarkan enam baucar percuma pergi balik ke mana-mana laluan domestik Firefly manakala MASwings menawarkan lima tiket pergi balik ke mana-mana destinasi MASwings.

Bercakap pada sidang media di Wisma Matta, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, Matta Fair adalah antara dorongan yang amat diperlukan untuk memulihkan industri pelancongan.

Sementara itu, Bendahari Kehormat Matta, Nigel Wong pula berkata, pameran itu penting untuk pemulihan sektor pelancongan negara dengan menekankan perjalanan domestik sambil bersiap sedia untuk membuka sempadan antarabangsa.

"Pameran itu akan diadakan dalam skala lebih kecil dengan hanya 255 gerai disediakan di Dewan 3 dan 4 PWTC. Pematuhan ketat kepada prosedur operasi standard (SOP) diutamakan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Matta, Phua Tai Neng pula berkata, pameran itu mendapat sokongan daripada sembilan organisasi pelancongan negeri termasuk Sarawak, Sabah, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

"Pameran itu juga bakal memperlihatkan penglibatan organisasi pelancongan antarabangsa termasuk dari Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Jepun dan Turki," katanya.

Tahun ini, Matta menyasarkan 20,000 pengunjung ke pameran itu dengan jualan RM25 juta. Kemasukan ke pameran itu percuma dan dibuka bermula 8 pagi hingga 8 malam.

Artikel Lain