suria

Bahana Covid-19 bikin kaki travel resah... ketahui Top 10 destinasi paling dirindui

Santorini yang terletak di Greece antara destinasi popular pelancong dunia.

LAMAN media sosial bukan sahaja tempat berkongsi momen indah setiap orang sebaliknya turut menjadi medan untuk mengimbas kembali kenangan.

Paling menarik bagi kaki travel, Instagram antara platform yang menjadi pilihan untuk berkongsi rakaman terindah setiap destinasi yang dilawati.

Namun penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak Februari lalu telah merencatkan perancangan percutian tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki zon hijau... Aceh kembali buka pintu kepada pelancong

Satu kajian dibuat di laman sosial tersebut berdasarkan data lokasi sebanyak 208,362 posting yang dikumpul mendapati beberapa destinasi yang paling popular dengan tanda pagar #TakeMeBack.



Magic Kingdom Park, Walt Disney, Florida.

Menurut laporan Dailymail.co.uk Kompleks Piramid Giza di Mesir antara destianasi paling dirindui pelancong, diikuti Bali dan Santorini.

Top 10 destinasi yang paling dirindui pelancong tahun ini.



Kompleks Piramid Giza paling popular dikongsi di Instagram.

1.Kompleks Piramid Giza, Mesir

2.Bali, Indonesia



Bali antara destinasi popular pelancong seluruh dunia.

3.Santorini, Greece



Santorini, Greece.

4.Magic Kingdom Park, Walt Disney, Florida

5.Menara Eiffel, Paris



Menara Eiffel antara lokasi 'wajib' dilawati oleh pelancong ke Perancis.

6.Great Sphinx of Giza, Mesir



Pulau Phi Phi antara tarikan pelancong ke Thailand.

7.Brooklyn Bridge, New York

8.Times Square, New York



Times Square di New York termasuk dalam destinasi pelancongan popular.

9. Pulau Phi Phi, Thailand

10. Walt Disney World, Florida

Kaki travel, rindu, destinasi, melancong

Artikel Lain