suria

Sukar bawa warga emas melancong? Cuba 10 tip ini, pasti lancar percutian anda

Percutian pasti menjadi lebih bermakna sekiranya disertai oleh ibu bapa, namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar percutian anda lancar.

SERONOKNYA dapat bercuti bersama keluarga.

Apatah lagi jika berkunjung ke lokasi menarik di luar negara, percutian pasti menjadi lebih bermakna sekiranya disertai oleh ibu bapa.

Namun ada sesetengah orang merasakan membawa ibu bapa khususnya yang tergolong dalam kumpulan warga emas merupakan sesuatu yang agak sukar kerana perlu menyediakan keperluan seperti ubat-ubatan dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar melancong dengan anak kecil? Ikuti tip ini, pasti tak serabut! 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terlepas pandang etika guna tandas dalam pesawat terutama fakta ke-5 senarai ini 

Usah khuatir, apa kata anda cuba 10 tip ini, pasti melancong bersama ibu bapa bukan lagi sesuatu yang sukar.

1) Destinasi.

Pemilihan destinasi yang ingin dilawati adalah perkara terpenting dalam merencana percutian. Anda perlu membuat sedikit ‘research’ tentang negara yang menjadi pilihan dengan mengambil kira faktor musim, tempoh masa penerbangan dan lokasi-lokasi menarik.

2) Ajak ahli keluarga

Sebaiknya ajak seorang atau dua daripada ahli keluarga untuk turut serta. Ini bagi memudahkan pergerakan dan kelancaran semasa melancong, di mana anda boleh bergilir-gilir untuk menjaga ibu bapa, contohnya menolak kerusi roda.

Senaraikan lokasi yang mesra warga emas ke dalam itenari.

3) Penerbangan non-stop

Seelok-eloknya, pilih penerbangan terus, dan bukan ‘connecting flight’. Ini bagi mengelakkan kemungkinan ‘terlepas’ penerbangan sambungan, selain meminimakan pembaziran masa.

4) Diskaun

Ada penerbangan yang menawarkan diskaun untuk warga emas. Guna sebaiknya peluang ini untuk mempertimbangkan pemilihan destinasi anda.

5) Waktu penerbangan

Pilih waktu penerbangan yang sesuai. Sesetengah ibu bapa khususnya yang berusia 60 tahun ke atas mudah keletihan. Penerbangan pada awal pagi mungkin kurang sesuai.

Pastikan jangan terlupa untuk membawa bekalan ubat-ubatan ketika melancong bersama warga emas. 

6) Ubat-ubatan

Ini merupakan item penting lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang bergantung kepada ubat-ubatan. Pastikan anda membawa bekalan ubat-ubatan yang cukup, dan digalakkan membawa ubatan penting untuk situasi luar jangka seperti panadol, plaster, krim pelembap, minyak sapu dan sebagainya.

7) Pakaian

Jika anda melancong ke negara empat musim, pastikan pakaian yang dibawa untuk ibu bapa adalah pakaian yang bersesuaian. Pakaian yang tidak sesuai boleh menyebabkan anda atau ibu bapa jatuh sakit kerana perubahan cuaca.

Kebiasaannya, lapangan terbang mempunyai kemudahan untuk warga emas, seperti 'fast lane'.

8) Kemudahan

Gunakan sebaiknya kemudahan yang disediakan, contohnya barisan keutamaan untuk warga emas ketika di lapangan terbang, kerusi roda dan sebagainya.

9) Hotel

Usah terlalu berkira untuk menempah hotel yang selesa untuk ibu bapa. Pilih hotel yang menyediakan pelbagai kemudahan. Seeloknya, pastikan hotel yang ditempah kelak mempunyai jarak yang tidak terlalu jauh dengan lokasi-lokasi yang ingin dilawati.

10) Itenari mesra warga emas

Rancang percutian dengan membuat itenari. Ini bagi memudahkan anda membuat anggaran waktu bagi melancarkan pergerakan. Jangan lupa, pastikan lokasi yang ingin dilawati kelak adalah lokasi ‘mesra warga emas’. -APLACEFORMOM

warga emas, melancong, travel

Artikel Lain