suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada alasan tak naik! Kajian mendapati tambang teksi di Malaysia antara 5 paling murah di dunia

Satu kajian yang dibuat mendapati tambang teksi di Malaysia antara lima yang termurah di dunia.

BARANGKALI teksi sudah tidak lagi menjadi pilihan utama memandangkan lebih ramai gemar menggunakan perkhidmatan Grab, MyCar, Dacsee serta pelbagai lagi kemudahan untuk bergerak ke sesuatu tempat.

Namun tahukah anda, tambang perkhidmatan teksi di Malaysia adalah yang kelima terendah di dunia?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Taxi2Airport menerusi data diperoleh daripada Taxi-Calculator.com, pelanggan hanya perlu membayar 1.70 pound sterling atau RM8.03 untuk perjalanan sejauh 5 kilometer di negara ini.

Tambang teksi di Jerman adalah RM65.08 untuk perjalanan 5 kilometer.

Sebagai perbandingan, tambang untuk perjalanan sama di Mesir hanyalah 0.84 pound sterling (RM3.97) malah harga permulaan teksi di negara Asia Barat itu serendah RM1.13.

Manakala di India pula tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM6.10, Thailand RM6.65 dan Indonesia 7.92.

Dalam pada itu, dalam senarai 10 tambang teksi termurah turut menyenaraikan Mexico dengan RM8.48, Turki RM10.56, China RM11.37, Argentina RM11.51 dan Vietnam RM11.65.

Bagaimanapun berhati-hati jika ingin menggunakan teksi di beberapa negara Eropah ketika melancong kerana ia antara termahal di dunia dengan Switzerland mendahului senarai iaitu RM106.96, Jerman RM65.08, Belanda RM63.19 dan Belgium RM60.84. - THE STAR

Teksi, Grab, murah, dunia

Artikel Lain