suria

Lupakan privasi, cabar diri berenang di Infinity London pertama dunia sambil 'diintai' pengunjung

Gambaran rekaan kolam Infinity London oleh Compass Pools. - Insider

BOSAN berenang di kolam yang biasa-biasa? Apa kata cabar diri anda untuk memanjakan diri di ketinggian Aras 55 sebuah bangunan pencakar langit di kota London.

Tapi bukan sekarang. Kolam renang infiniti rooftop yang pertama di dunia akan dibina di bangunan pencakar langit itu.

Ini bermakna, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekitar kota London sambil berenang di kolam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Unik! Hotel kapal terbang akan menjadi tarikan terbaharu negeri Pahang tidak lama lagi

Cadangan menara yang dipanggil Infinity London itu dilengkapi dengan kolam renang yang memuatkan 600,000 liter air di bahagian atasnya.

Kolam tersebut yang direka oleh Compass Pools akan berada pada ketinggian 200 meter di udara.

Menikmati keindahan kota London sambil berenang di ketinggian 200 meter. - Compass Pools

Bagaimanapun, lokasi bangunan itu masih belum ditentukan.

Dinding kolam tersebut akan diperbuat daripada akrilik dan bukannya kaca kerana ia boleh memancarkan gelombang cahaya yang sama dengan air, menjadikan kolam itu kelihatan jernih sempurna.

Lantai kolam renang itu juga akan dibina jernih sekali gus membolehkan pelawat di bahagian bawah kolam tersebut melihat mereka yang berada di atas.

Pereka kolam tersebut juga mencadangkan untuk membina anemometer (alat sukat kelajuan angin) bagi memastikan air kekal dalam suhu yang sepatutnya dan tidak melimpah ke bawah.

Selain itu, mereka juga akan menggunakan tenaga buangan daripada sistem pendingin hawa bangunan tersebut untuk memanaskan kolam berkenaan.

"Perenang akan memasuki kolam melalui tangga lingkaran yang berputar seperti yang ada pada pintu sebuah kapal selam, ia naik dari lantai kolam apabila seseorang ingin masuk dan keluar," kata Compass Pools.

Ada berani? Berenang sambil diperhatikan pengunjung di bahagian bawah kolam. - Compass Pools

Tangga di bahagian luar bangunan sengaja dielakkan kerana enggan merosakkan pemandangan kolam tersebut.

"Tentang tangga itu, anda harus membayangkan sebuah tiub di dalam sebuah lagi tiub.

"Tiub pertama adalah untuk 'memotong' melalui air dan menghasilkan sebuah sendat udara (airlock). Tiub kedua pula akan menghantar tangga naik ke paras air, " kata pereka kolam dan pengarah teknikal Alex Kemsley kepada INSIDER.

Jelasnya, sistem itu dikawal oleh pengawal logik yang boleh diprogramkan dan digunakan dalam industri untuk mengautomatikkan proses berkenaan, selain memastikan semua injap dan kunci yang hanya akan beroperasi pada waktu yang tepat.

Lokasi bangunan masih belum diputuskan. - Compass Pools

Kejuruteraan kolam itu nampak rumit tetapi ia membuatkannya kelihatan sempurna.

Tingkat teratas bangunan itu direka untuk menempatkan sebuah hotel lima bintang, kedai mewah, kediaman dan spa.

Kolam tersebut hanya akan dibuka kepada pemilik kediaman dan tetamu hotel serta spa.

Pembinaan kolam itu akan mula dilaksanakan pada 2020. - INSIDER

Infinity London, kolam renang

Artikel Lain