suria

Nak bawa keluarga ronda-ronda sambil singgah lokasi 'best' di KL? Cubalah naik HOHO

KUALA Lumpur menjadi antara Top 5 bandaraya paling menarik di dunia pada tahun 2018.

Walaupun begitu, masih ada rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 lokasi pemandangan menarik atau bersejarah yang tidak rugi dikunjungi.

Lebih menarik, kesemua tempat menarik itu hanya terletak di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan boleh dilawati secara terus menaiki bas khas Hop-On Hop-Off (HOHO).

Pengarah Urusan Elang Wah Holding Sdn Bhd Syed Azhar Syed Nadzir berkata, dari segi jumlah pelancong asing pada tahun lalu, ia menunjukkan peningkatan yang amat positif berbanding sebelum ini.

Bas HOHO menjalin kerjasama bersama Matta sempena 'Matta Fair' padam Mac ini. Syed Azhar (kanan) bersama Phua Tai Neng (CEO Matta, tengah) dan Nigel Wong (Setiausaha Agung Matta)

"Kuala Lumpur menjadi antara 10 bandaraya yang menarik di dunia dan tahun lalu kita berada di kelompok kelima.

"Jumlah pengunjung yang menggunakan HOHO juga meningkat lebih kurang 203,000 orang.

"Tahun ini kita mensasarkan agar lebih ramai pengunjung tempatan menggunakan HOHO.

"Ramai yang fikir harga tiket untuk perkhidmatan ini agak mahal. Tetapi sebenarnya Malaysia adalah negara paling murah harga tiketnya berbanding negara-negara Asian atau Eropah lain yang menyediakan perkhidmatan seperti ini," kata Syed Azhar sambil menambah tahun ini terdapat laluan baharu ke Mid Valley.


Terdapat dua laluan bagi perkhidmatan HOHO iaitu Laluan  Bandar (red line) dan Laluan Taman (green line).

Pengunjung yang menaiki laluan bandar akan menikmati pemandangan di tengah-tengah kesibukan kotaraya yang mana terdapat 14 perhentian iaitu di Bukit Bintang Sultan Ismail, Sheraton, Seri Pasific, Grand Season, Istana Budaya, Intercontinental, KLCC, Matic, KL Tower, KL Citywalk, Aquaria dan Karyaneka.

Manakala Laluan Taman pula meliputi kawasan panorama semulajadi dan bersejarah seperti Bukit Bintang, Changkat (baharu), Swiss Garden, Chinatown, Central Market, Mid  Valley, Litte India, KL Sentral (baharu), Istana Negara, Taman Tasik Perdana, Taman Burung, Masjid Negara, Dataran Merdeka, Medan Mara, Hilton Garden Inn, Quill City MAll dan Concorde.


Harga tiket (standard) bagi pengunjung tempatan ialah RM25 seorang, manakala bagi pelancong asing adalah RM55 seorang.

Namun pemegang Mykad kanak-kanak dan juga pelajar hanya perlu membayar tiket berharga RM15.

Tahun ini juga menyaksikan HOHO menjalin kerjasama bersama Matta Fair yang bakal berlangsung 15-17 Mac ini.

Dengan kerjasama buat julung kalinya ini, pihak HOHO mengharapkan agar lebih ramai pengunjung tempatan menggunakan perkhidmatan ini sepanjang Matta Fair yang akan diadakan di PWTC.

HOHO, Kuala Lumpur, Hop On Hop Off, bas

Artikel Lain