suria

10 lokasi 'shooting' filem popular dunia yang patut anda lawat

SIAPA masih ingat drama popular Korea Selatan, Winter Sonata yang memaparkan gandingan Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo?

Pulau Nami yang menjadi salah satu lokasi penggambaran drama itu turut menerima tempias apabila menerima banyak kunjungan peminat.

Kali ini, mStar Online mahu kongsikan dengan anda 10 lokasi menarik yang dipopularkan menerusi 10 filem.

1. Star Wars: The Last Jedi

Skellig Michael di Ireland yang diangkat sebagai tapak Warisan Dunia Unesco pernah dipaparkan menerusi filem Star Wars.

Perjalanan menaiki tangga di sini yang mencabar adrenalin pelancong.

Lokasi penuh dramatik di pulau terpencil ini begitu mempersona dan banyak dikunjungi peminat filem itu.

2. 127 Hours

Terletak di sebuah resort, kolam air panas di Midway, Utah, Amerika Syarikat ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem 127 Hours.

Lokasi tersembunyi yang indah dan memukau.

Jika berkunjung ke sini, anda berpeluang untuk menyelam, merendam badan dan melakukan selaman skuba.

Lokasinya yang tersembunyi seolah-olah tasik dalam gua turut menyebabkan ia begitu popular dalam kalangan pelancong.

3. Lost In Translation

Sebuah bar yang dinamakan New York Bar pernah menjadi latar filem Lost In Translation.

Bar yang menawarkan permandangan memukau.

Terletak di Tokyo, Jepun, ia merupakan bar yang dibuka di Hotel Park Hyatt.

Apa yang menarik, pengunjung boleh menikmati hidangan sambil bersantai dengan latar belakang kota yang cukup memukau.

4. Wonder Woman

Panorama di Amalfi Coast, Ravello, Itali sememangnya menjadi buruan pelancong yang berkunjung ke negara itu.

Ia menjadi semakin popular apabila dipaparkan dalam filem Wonder Woman.

5. The Hobbit & The Lord of the Rings

Berkunjung ke lokasi ini, pelancong berpeluang melihat sebahagian set penggambaran filem itu.

Kehijauan yang cukup mendamaikan.

Sungguh indah dan mendamaikan, ia terletak di Hamilton, New Zealand.

6. Mad Max: Fury Road

Mempesona, tapi beranikah anda untuk berkunjung ke gurun ini?

Terletak di Swakopmund, Namibia, ia dipopularkan menerusi filem Mad Max: Fury Road.

7. Endless Summer

Lokasi yang sempurna untuk meluncur ombak.

Sesuai untuk penggemar sukan luncur ombak.

Terletak di Cape St. Francis, Afrika Selatan, pantai yang popular dengan rumah api ini menawarkan panorama indah yang cukup memukau.

8. The Beach

Antara lokasi pelancongan popular dunia, Pulau Ko Phi Phi, Thailand ini pernah dipaparkan dalam filem The Beach.

Keindahan pantai yang menggoda pandangan mata.

Air yang jernih dihiasi pasir pantai memutih, ia merupakan salah satu lokasi yang paling dekat untuk diterokai oleh pelancong dari Malaysia khususnya yang mahu menjelmakan kembali memori selepas menonton filem itu.

9. Quantum of Solace

Institut Budaya Kebangsaan di Panama ini pernah dipaparkan dalam filem Quantum of Solace.

Menerusi filem itu, lokasi ini diubah menjadi sebuah hotel.

10. Field of Dreams

Setiap tahun, sekita 65,000 pelancong berkunjung ke lokasi ini.

Ia menjadi latar untuk filem Field of Dreams yang pernah tercalon dalam Anugerah Oscar suatu ketika dahulu. - National Geographic

Artikel Lain