Travel dengan bijak, semak 9 rahsia yang industri pelancongan tak mahu anda tahu - Destinasi | mStar

Travel dengan bijak, semak 9 rahsia yang industri pelancongan tak mahu anda tahu

MELANCONG ke luar negara memberi peluang untuk kita menerokai pelbagai khazanah alam termasuklah lokasi yang indah serta budaya setempat.

Namun kadang-kala, terdapat banyak perkara yang tidak disangka berlaku sewaktu kita berada jauh dari bumi sendiri.

Kali ini, mStar Online mahu berkongsi beberapa rahsia yang cuba disembunyikan oleh industri pelancongan selama ini.

1. Ejen pelancongan

Jika anda mahu melancong ke sesuatu negara, ada baiknya jika anda menggunakan khidmat pemandu pelancong dari negara tersebut.

Ada dalam kalangan kita yang pergi ke luar negara dengan ejen tempatan.

Sebaiknya pilih ejen pelancongan dari negara yang dikunjungi.

Sebenarnya, khidmat ejen di negara yang dikunjungi lebih murah dan membantu anda menjimatkan perbelanjaan.

Malah, mereka juga lebih arif mengenai semua perkara di lokasi tersebut.

2. Semak media sosial

Kehadiran media sosial banyak memberi manfaat kepada kita.

Sebelum melancong, seeloknya buat carian menerusi media sosial untuk membuat perbandingan jenama hotel, penerbangan dan macam-macam lagi.

Antara akaun yang banyak memberi info pelancongan ialah The Expedia, Kayak dan JetBleu Cheeps.

3. Hari untuk bertolak

Kebanyakan pakar pelancongan mengakui hari Selasa adalah hari yang terbaik untuk terbang.

Menurut teori ini, kebanyakan syarikat penerbangan memberi harga tiket yang lebih murah pada Selasa.

Malah, anda berkemungkinan akan mendapat potongan harga sehingga 12 peratus khususnya jika anda melancong di dalam Eropah.

5. Check-in beg

Jika anda individu terakhir yang mendaftar masuk bagasi, besar kemungkinan anda akan mendapat beg paling awal selepas tibanya ke destinasi.

Itu merupakan salah satu trick yang digunakan, khususnya bagi mereka yang malas untuk menunggu lama.

Satu teknik yang mungkin bermanfaat untuk anda yang tidak suka menunggu.

6. Cuci tangan

Satu laporan mendedahkan bakul yang digunakan untuk meletakkan barang sewaktu pemeriksaan keselamatan sangat kotor dan mempunyai bakteria.

Sebaiknya, anda perlu mencuci tangan selepas melalui pengimbas keselamatan sejurus mengambil semula barang-barang anda.

Pastikan kebersihan terjamin.

7. Tempah Online

Ramai beranggapan menempah secara dalam talian boleh menjimatkan wang mereka.

Namun, satu siasatan yang dibuat oleh Money Saving Expert mendedahkan sebaliknya.

Ujar mereka, banyak caj serta cukai tersembunyi yang sebenarnya tidak dipaparkan kepada pelanggan.

8. Pertukaran wang

Sebaiknya anda membuat pertukaran mata wang asing lebih awal.

Kios pertukaran wang yang ada hampir di mana-mana sahaja.

Jika anda melakukannya di lapangan terbang, berkemungkinan kadar yang dikenakan lebih tinggi.

9. Tempat duduk paling selamat dalam pesawat

Bagaikan mimpi ngeri apabila terfikir mengenai kes pesawat terhempas.

Kerusi belakang mempunyai impak paling kurang jika berlaku sesuatu.

Menurut laporan Civil Aviaton Authority, kerusi belakang merupakan tempat duduk yang paling selamat dan mempunyai peluang untuk hidup yang lebih tinggi jika berlaku sesuatu yang buruk. -LoveExploring

Penerbangan , Pelancongan , Hotel , Pesawat