suria

Nak 'rare', lencun, berdebar tapi lucu... rasai pengalaman filem 4D di Legoland!

Filem terbaharu 4D, Lego City Movie - Officer In Pursuit membuatkan anda teruja seisi keluarga.

BUNYI bingit siren kereta polis, deruman enjin pelbagai kenderaan dan babak kejar-mengejar memang sesuatu yang sinonim bagi filem aksi meskipun ia sekadar animasi.

Tapi anda yang menonton pasti mahu lari daripada kebiasaan, kerana sekarang semua mahukan sesuatu yang rare dengan merasai pengalaman lain daripada yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja! Legoland Malaysia lancar tarikan filem 4D pertama dunia

Nah, ini dia...  tanpa disangka-sangka anda merasai bahang dan kepulan asap di luar skrin, di hadapan mata anda sendiri seperti berada di dalam filem.

Terpegun dan terhibur dengan kesan khas semasa menonton filem.

Kedingingan tiupan angin kencang dan percikan air serta gelembung buih membuatkan anda lebih teruja untuk menonton.

Tanpa memikirkan lencun satu badan kerana percikan air, anda sebenarnya lebih bersemangat malah tidak sabar untuk menantikan babak seterusnya.

Kejutan demi kejutan berlaku apabila menonton di dalam pawagam yang gelap, tiba-tiba dipancarkan sinaran lampu seolah-olah anda sedang beraksi di dalam filem.

Tidak kering gusi kerana terdapat babak yang melucukan.

Rasa terpegun dengan kesan khas bukan? Percayalah, sekali menonton pasti tidak cukup membuatkan anda terhibur sehingga mahu menonton berkali-kali!

Bukan setakat cemas, berdebar dengan adegan kejar-mengejar antara pasukan polis dan penjenayah, malah anda tidak kering gusi kerana terdapat aksi yang melucukan!

Itulah pengalaman menarik buat anda seisi keluarga menerusi tayangan filem terbaharu 'Officier in Pursuit' - tarikan baharu kepada filem empat dimensi (4D), Lego City 4D Movie, di taman tema Legoland Malaysia Resort di Iskandar Puteri, Johor, bermula 24 Januari lalu.

Tarikan filem 4D di Taman Tema Legoland.

Menambah keterujaan pengalaman filem 4D, Legoland turut menganjurkan hari filem Lego atau Lego Movie Event Days, yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat pengunjung termasuk kemunculan watak kegemaran ramai daripada filem.

"Pelancaran Lego City 4D Movie - Officer in Pursuit! dan Lego Movie Event Days dibuat untuk seisi keluarga bagi merasai pengalaman cukup unik dan hebat yang hanya boleh didapati di Legoland.

"Bukan sahaja aktiviti dan pengalaman menyeronokkan untuk pengunjung, malah ia membolehkan kanak-kanak belajar dan berseronok pada masa yang sama," kata Pengurus Besar Legoland Malaysia Resort, Kurt Stocks.

Kurt Stocks (belakang, tengah) pada majlis pelancaran Lego City 4D Movie - 'Officer In Pursuit'.

Lego Movie Event Days berlangsung dari 24 Januari sehingga 31 Mac 2019, setiap hari dari Isnin sampai Ahad, dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini, pengunjung juga boleh menikmati hiasan taman indah ‘Garden of Prosperity’ di taman tema itu.

Legoland Malaysia Resort kini menawarkan pas tahunan baharu untuk kunjungan tanpa had sepanjang tahun.

Lebih menarik, kini terdapat promosi menerusi pas tahunan baharu yang membolehkan anda mengunjungi Legoland sepanjang tahun, meliputi taman tema dan taman air, termasuk tarikan terbaharu Sea Life Malaysia yang dijadualkan dibuka pada April depan.

Promosi pas tahunan ini berharga RM239 untuk dewasa, manakala RM190 bagi kanak-kanak berusia antara 3 dan 11 tahun, dan pembelian boleh didapati secara dalam talian di laman web rasmi Legoland untuk waktu promosi yang terhad.

Artikel Lain