suria

Rancang perjalanan... Ini 5 persediaan yang perlu anda buat sebelum memandu pulang ke kampung

PERAYAAN Tahun Baharu Cina semakin hampir dan ini bermakna sudah tiba masanya untuk kita balik kampung!

Tapi tunggu! Sebelum memandu untuk bertemu orang tersayang, ada lima persediaan yang perlu anda buat bagi memastikan cuti panjang anda menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan.

1.Kekal selamat dengan Precise GPS (GPS tepat)

Kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan semasa musim perayaan. Justeru, ramai yang cenderung menggunakan jalan pintas atau laluan luar biasa (walaupun rumit) kerana enggan menghabiskan masa berjam-jam terperangkap dalam trafik.

GPS tepat Huawei Mate 20 Series membolehkan anda sentiasa mencari destinasi dengan ketepatan mengagumkan bersama frekuensi dual L1 & L5, yang memastikan anda dapat tiba tepat pada masanya untuk bertemu keluarga.


2. Dapatkan tidur yang cukup!

Perjalanan yang panjang boleh menjadi sesuatu yang meletihkan fizikal. Untuk mengelakkan keletihan, sudah tentu anda memerlukan tidur malam yang nyenyak sebelum memulakan perjalanan.

Dengan jam tangan Huawei GT, Huawei TruSleep ™2.0 mengenal pasti isu-isu biasa berkaitan tidur dan akan memberikan lebih dari 200 cadangan berpotensi untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lebih baik.

Kajian bersama dengan Pusat CDB Sekolah Perubatan Harvard yang menghasilkan program pemantauan tidur cemerlang untuk setiap kitaran tidur mampu menunjukkan keperluan rehat anda sebelum memulakan perjalanan jauh.


3.Hiburan dalam kereta Like a VIP

Trip balik kampung mungkin lebih panjang, meletihkan dan paling penting membosankan.

Tetapi jangan risau! Dengan skrin OLED 7.2 inci Huawei Mate 20 X, kini anda boleh meletakkan diri anda di satu dunia kecil anda sendiri.

Mungkin dengan menonton persembahan kumpulan K-Pop kegemaran anda ataupun episod terbaharu drama atau bermain permainan mobil.

Dikuasakan oleh teknologi GPU Turbo 2.0, Mate 20 X menyediakan pengalaman lebih pantas, lebih lancar, dan permainan yang lebih stabil walaupun dalam permainan kompleks.

Tidak kira di mana anda berada atau berapa lama perjalanan balik kampung anda, anda tidak akan bosan dengan Mate 20 Series

ARTIKEL BERKAITAN: Huawei gegar 2019 dengan Nova 4, peranti sempurna untuk ‘gamers’ dan kaki ‘selfie’




4. Tambah kuasa dengan bateri tahan lebih lama

Apa akan terjadi jika anda terperangkap dalam kesesakan dan telefon tiba-tiba mati ketika anda sedang asyik berhibur dengan telefon bimbit dalam kereta? Skrin telefon anda bertukar menjadi hitam kerana kehabisan bateri.

Ketahanan kuasa adalah salah satu daripada beberapa ciri menonjol Mate 20 Series. Bateri yang lebih besar dengan pengurusan kuasa AI yang lebih bijak dapat memenuhi keperluan kerja dan hiburan harian anda. Ini bermakna, dengan atau tanpa kesesakan lalu lintas, anda mempunyai cukup bekalan bateri yang dapat bertahan sepanjang perjalanan.


5. Nikmatilah semua makanan


Terlalu banyak hidangan dan snek yang tidak boleh dilepaskan sempena musim perayaan. Tentu saja kita akan mengambil peluang untuk menikmati hidangan yang menjanjikan keenakan.

Kalori tolak tepi dulu, tetapi bagi mereka yang mengamalkan diet, jangan jadikan ia sebagai sesuatu yang akan merosakkan suasana musim perayaan anda.

Sentiasa ingat apa yang anda makan dengan Mate 20 Series HiVision, di mana anda dapat mengira kalori dalam makanan dengan satu imbasan. HiVision dapat mengukur jumlah kalori berdasarkan jumlahnya untuk memastikan anda berada di landasan yang betul untuk mengekalkan berat badan pada musim perayaan ini.


Dapatkan Huawei Mate 20 Series anda di SHOPEE atau LAZADA untuk tawaran harga menarik.



Artikel Lain