suria

10 jenis penumpang paling menjengkelkan dalam pesawat

Gambar hiasan. -fotoShutterstock

MUSIM panas menjelma lagi dan dijangka 246 juta warga Amerika Syarikat akan keluar mengembara ke seluruh dunia.

Lapangan terbang dan pesawat akan dipenuhi orang ramai.

Jadi, AirlineRatings.com membuat tinjauan mengenai jenis-jenis penumpang pesawat yang paling menjengkelkan.

Tinjauan itu melibatkan 5,300 individu.

Mendahului senarai penumpang paling dibenci ialah individu yang berbau busuk.

78 peratus bersetuju bahawa mereka paling tidak suka penumpang dengan bau yang tidak menyenangkan.

Turut tersenarai dalam 10 jenis itu ialah kanak-kanak yang buas dan individu yang membawa banyak beg.

Berikut merupakan senarai 10 jenis penumpang pesawat yang paling dibenci:

1) Penumpang dengan bau tidak menyenangkan (78% undian)

2)Kanak-kanak buas (69% undian)

3) Penumpang yang merebahkan kerusi ke belakang (65% undian)

4) Penumpang yang meletakkan lengan sehingga terkeluar dari tempat duduk (60% undian)

5) Penumpang yang membawa terlalu banyak barang ke dalam pesawat (55% undian)

6) Penumpang yang kerap ke tandas (50% undian)

7) Penumpang yang banyak cakap (48% undian)

8) Penumpang yang suka bersenam di dalam pesawat (45% undian)

9) Penumpang yang mementingkan diri sendiri (42% undian)

10) Penumpang yang suka duduk di tepi tingkap (39% undian)

jenis penumpang, musim panas

Artikel Lain