Pemain bola sepak yang anda minati dalam senarai paling kacak 2019? - Personaliti Sukan | mStar

Pemain bola sepak yang anda minati dalam senarai paling kacak 2019?

Siapa pemain paling kacak 2019.

PEMINAT lelaki sukan bola sepak pastinya akan menjadikan kemahiran dan bakat sebagai faktor utama untuk meletakkan seseorang pemain itu sebagai idola.

Namun berbeza pula bagi kebanyakan peminat wanita yang menjadikan wajah kacak kriteria pertama untuk meminati sukan pilihan utama seluruh dunia ini.

Bagi 2019, lima sepuluh bola sepak dipilih untuk mengisi senarai dalam kategori paling kacak di dunia.

1. Cristiano Ronaldo (Portugal, Juventus)

Ronaldo dianggap juga sebagai ikon fesyen.

Ronado merupakan seorang pemain paling bergaya dan terkenal dengan 'obses' menjaga bentuk badan. 

Pemenang lima kali Fifa Ballon d'Or ini bukan sahaja hebat di padang, tetapi menjadi kegilaan wanita di luar padang. 

Penampilan lelaki berusia 34 tahun ini selalu menjadi perhatian, bahkan dia terkenal dengan produk seluar dalam jenamanya sendiri. 

Malahan, Ronaldo juga terkenal sebagai seorang yang penyayang. Dia dan teman wanitanya Georgina Rodriquez mempunyai empat anak, Alana Martina dos Santos Aveiro, Cristiano Ronaldo Jr., Eva Maria Dos Santos, Mateo Ronaldo.

2. Marco Reus  (Jerman, Borrusia Dortmund)

Gaya rambut Reus sentiasa kemas walaupun ketika beraksi.

Gaya dan penampilan jejaka berusia 29 tahun ini sentiasa menjadi perhatian. Cuba lihat gambar di atas bagai seorang model!

Mungkin ada juga yang jarang mendengar nama Reus, namun bagi peminat bola Jerman dia antara pemain paling kacak. 

Penyerang Borussia Dortmund dianggap pemain penting dalam skuad kendalian Lucien Favre ini.

3. Ricardo Kaka (Brazil, Sao Paulo)

Kaka masih menjadi sebutan walaupun sudah dianggap pemain veteran.

Kaka bekas pemain tengah Brazil yang masih menjadi sebutan bukan sahaja di padang tetapi di luar padang memandangkan mempunyai raut wajah yang kacak.

Bekas pemain Real Madrid itu kini beraksi bersama Sao Paulo sebagai pemain pinjaman.

Kaka mengahwini teman wanitanya Caroline Calico pada 2005. Kini, personaliti sukan berusia 36 tahun ini mempunyai dua cahaya mata, Luca Celito Leite dan Isabella.

4. James Rodriguez (Colombia, Bayern Munich)

James antara pemain muda popular sebelum ini.

Bukan sahaja kacak, Rodriguez merupakan penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dan menjadi perhatian ketika menjaringkan gol bertemu Uruguay. 

Malahan gol yang dijaringkan jejaka berusia 27 tahun ini dianggap paling sempurna untuk 2014. 

Selepas tiga tahun berkelana di Real Madrid, Rodriguez kini dipinjamkan ke Bayern Munich.

5. Mario Gotze (Jerman, Borrusia Dortmund)

Gotze terkenal di kalangan peminat-peminat Liga Jerman.

Gotze bermain di posisi tengah dan memiliki kelebihan menggelecek dan kepantasan yang hebat.

Dia antara pemain muda paling berbakat dalam skuad Jerman ketika usia 22 tahun sehingga kini. Gotze yang kini berusia 26 tahun telah berkahwin dengan model terkenal Ann-Kathrin Brommel 2018.

6. Antoine Griezman (Perancis, Atletico Madrid)


Griezmann antara watak penting dalam pasukan Perancis.

Pemain berusia 28 tahun ini antara watak utama dalam skuad Perancis pada aksi Piala Dunia tahun lalu.

Pemenang Kasut Emas Euro 2016 ini juga berada dalam kalangan pemain-pemain antarabangsa yang mempunyai tarikan wajah kacak.

Griezmann dilabelkan sebagai pemain yang mempunyai teknik pemilikan bola yang kemas, visi yang jelas serta penyudah yang berkualiti.

Dia telah berkahwin dengan Ereka Choperena pada Jun 2017 dan mempunyai seorang anak bernama Mia.

7. Denis Suarez (Sepanyol, Arsenal)

Suarez pernah menjadi pemain Manchester City pada tahun 2011.

Bintang muda kelahiran Sepanyol ini penah beraksi dengan beberapa kelab gergasi dunia.

Mengikat kontrak bersama Barcelona pada tahun 2016 namun kini dipinjamkan ke kelab Liga Inggeris, Arsenal.

Biarpun namanya jarang menjadi perhatian, namun Suarez antara pemain tengah penting dalam skuad Sepanyol.

Dengan ketinggian 1.81meter, Suarez menjadi perhatian kebanyakan peminat bola sepak wanita.

8. Edinson Cavani (Uruguay, Paris Saint-Germain)

Usia bukan penghalang untuk Cavari berada sebaris dengan penyerang muda dunia.


Antara pemain berpengalaman dalam skuad Uruguay sebagai penyerang.

Gaya rambutnya yang panjang menjadikan pemain berusia 32 tahun ini dilabelkan antara bintang bola sepak paling seksi. 

Bekas pemain Napoli ini berhijrah ke PSG pada tahun 2013 dan masih kekal sebagai penyerang penting dalam Liga Perancis. 

Pemain profilik ini juga mempunyai teknik permainan yang luar biasa sehingga digelar 'penyerang moden'. Dua abangnya, Walter Guglielmone dan Christian Cavani turut bergelar pemain bola sepak profesional.

9. Sergio Ramos (Sepanyol, Real Madrid)

Ramos bakal mengahwini teman wanitanya pada Jun tahun ini di Sevilla.


Kapten Sepanyol ini antara pemain pertahanan terbaik dunia. Biarpun sentiasa dilihat mempamerkan permainan kasar, Ramos merupakan pemain penting di Real Madrid.

Dia juga antara pemain kelima Sepanyol yang telah merakam 666 kap untuk negaranya.

Pemain berusia 33 tahun ini dijangka bakal berkahwin dengan teman wanitanya yang merupakan seorang wartawan, Pilar Rubio pada Jun tahun ini.

Mereka telah mempunyai tiga orang anak lelaki Sergio Jr, Marco dan Alejandro.

10. Neymar (Brazil, Paris Saint-Germain)

Neymar antara pemain yang mempunyai ramai pengikut.


Penyerang berusia 27 tahun ini turut menjadi idola kanak-kanak di seluruh dunia. Mula membuat penampilan antarabangsa pada usia 17 tahun bersama Santos. 

Neymar Ddanggap pemain terbaik dunia dengan kelebihan menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Perpindahan dari Barcelona ke PSG menjadikan dia sebagai pemain paling mahal di dunia dengan nilai 222 juta euro (RM1.28b) pada tahun 2017.

Selain menjadi perhatian di padang, wajah Neymar juga sentiasa menghiasi di muka depan majalah-majalah terkenal dunia seperti Time, Placar dan sebagainya.

Dia juga dianggap ikon fesyen dari rambut hingga ke kaki.



Pemain kacak , 2019

Artikel Lain