suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara pilih Ronaldo sebagai idola, Messi ‘unfollow’ Garnacho di Instagram

Garnacho dan Messi merupakan bintang untuk pasukan kebangsaan Argentina. -Gambar Instagram Garnacho

RIO Ferdinand mendakwa Lionel Messi berhenti mengikuti Alejandro Garnacho di Instagram kerana penyerang Manchester United itu secara terbuka lebih mengagumi Cristiano Ronaldo.

Garnacho telah lama mengagumi bintang Portugal dan bekas bintang Red Devils itu, secara terbuka mengakui Ronaldo adalah idolanya.

"Garnacho memberitahu saya bahawa Messi berhenti mengikutinya (di Instagram) hanya kerana dia tidak berahsia memilih Ronaldo.

"Dia tidak peduli, 'saya orang Ronaldo'. Siapa Goat? Ronaldo. (Malah) ketika dia berada dalam skuad Argentina," dedah Ferdinand di dalam podcast Vive with Five.

Peminat mendakwa bahawa Messi telah berhenti mengikuti Garnacho di Instagram selepas bintang berusia 19 tahun itu menyiarkan gambar Ronaldo dan menggelarnya 'bintang paling hebat sepanjang zaman'.

Ketika ini, Messi masih tidak mengikuti Garnacho di Instagram walaupun bintang Manchester United itu mengikutinya. -Thesun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain