suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi dituduh jalin hubungan sulit dengan wartawan, kawan baik akhirnya buka mulut

Messi didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wartawan. -Gambar hiasan Instagram

LIONEL Messi menjadi tumpuan ramai selepas dia didakwa mempunyai skandal dengan wartawan Argentina dikenali sebagai Sofia Martinez.

Menerusi laman X, sebuah saluran Brazil, Direto Do Miolo mendakwa hubungan pemain bola itu dengan isterinya Antonela Roccuzzo sedang berdepan krisis besar.

Namun, laporan yang dikeluarkan pada Jumaat itu ditepis oleh rakan baik pasangan berkenaan, Daniella Semaan yang juga isteri kepada pemain bola terkenal Cesc Fabregas.

Semaan turut menyelar laporan berkenaan yang dianggap tidak berasas.

Sebelum ini, Samean kerap bercuti bersama Messi dan Roccuzzo, malah hubungan mereka sangat rapat.

Untuk rekod, Messi dan Roccuzzo mengenali antara satu sama lain sejak mereka berumur lima tahun.

Mereka berkahwin pada 2017 dan mempunyai tiga anak lelaki: Thiago, Mateo dan Ciro. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain