suria

Selamat tinggal Di Maria! Penyerang sensasi Argentina umum persaraan selepas Copa America

Angel DI Maria mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas Copa America tahun 2024. -Foto The Star

KELINCAHAN dan magis penyerang Argentina, Angel Di Maria pastinya akan dirindui.

Di Maria mengumumkan akan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Copa America tahun depan, kata pemain 35 tahun itu yang sudah mewakilinya negaranya sejak 15 tahun lalu.

Di Maria membuat 136 penampilan untuk juara dunia, Argentina sejak penampilan sulungnya pada tahun 2008, beraksi di empat edisi Piala Dunia dan menjaringkan gol dalam kemenangan ke atas Perancis pada final 2022 di Qatar.

Dia akan menyertai Copa America keenamnya pada 20 Jun hingga 14 Julai di Amerika Syarikat, dengan Argentina hadir sebagai juara bertahan.

"Copa America akan menjadi medan terakhir saya menyarung jersi Argentina. Dengan rasa berat hati saya mengucapkan selamat tinggal kepada perkara paling indah dalam karier saya.

"Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata betapa sokongan peminat mengisi jiwa saya pada perlawanan terakhir, saya menikmati setiap saat dengan rakan sepasukan dan kawan-kawan," kata Di Maria.

Di Maria merujuk kepada perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan Argentina menewaskan Brazil di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.- Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain