suria

Cabul kanak-kanak 6 tahun, bekas bintang Sevilla terlepas hukuman penjara

Oulida terlepas hukuman penjara atas kesalahan mencabul seorang kanak-kanak pada 2011. -Gambar Getty Images

BEKAS pemain Ajax dan Sevilla, Tarik Oulida telah disabitkan kesalahan mendera kanak-kanak secara seksual oleh mahkamah di Costa del Sol, Sepanyol.

Oulida, 49, terlepas hukuman penjara selama dua tahun enam bulan, dan digantikan dengan larangan 10 tahun untuk memasuki Sepanyol.

Oulida juga telah diberi perintah larangan yang menghalangnya daripada mendekati mangsanya dalam jarak 500 meter.

Mahkamah Wilayah Malaga, yang menjatuhkan hukuman ke atas pemain tengah yang telah bersara itu berkata, pembayaran pampasan sebanyak £8,720 (RM51,130) juga telah dibuat kepada mangsa.

Insiden itu dipercayai berlaku pada 2011 di Costa del Sol, selepas Oulida masuk ke dalam bilik gadis itu ketika dia sedang tidur dan mencabulnya. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain