suria

Cuaca terlampau sejuk, kemaluan atlet ski ‘membeku’

Kemaluan Halfvarsson 'membeku' ketika dia menyertai acara ski pada Ahad. -Gambar Lehtikuva/Markku Ulander/Reuters

ATLET ski Sweden Calle Halfvarsson mendakwa kemaluannya 'membeku' selepas dia bersaing dalam dalam suhu suhu di bawah paras beku di Finland pada Ahad.

Ia berlaku selepas Halfvarsson, 34, mengambil bahagian dalam acara ski merentas desa sejauh 20 kilometer di Ruka.

"Kemaluan saya membeku. Saya terpaksa mencari perlindungan di dalam khemah selama 10 minit untuk memanaskan semula badan saya," ujar Halfvarsson.

Namun, ia bukanlah kali pertama Halfvarsson mengalami situasi itu.

Menurut Reuters, suhu di venue kejohanan itu menurun kepada lima darjah Farenheit (-15 darjah Celsius) pada permulaan perlumbaan.

Dalam kejonanan itu, Jan Thomas Jenssen dari Norway mengungguli podium, Michel Novák dari Republik Czech di tempat kedua dan rakan sepasukan Harald Østberg Amundsen di tempat ketiga.

Halfvarsson adalah pemain Sweden pertama yang melintasi garisan di tempat ke-18. - CNN.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain