suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain antarabangsa Czech mengaku gay, mahu jalani hidup dengan bebas

Jankto membuat pengakuan bahawa dia merupakan seorang lelaki gay pada Isnin.

PEMAIN antarabangsa Czech, Jakub Jankto mengejutkan peminat apabila mengaku bahawa dia merupakan seorang lelaki gay.

Pemain berusia 27 tahun itu membuat pengakuan berkenaan menerusi video yang dimuat naik ke media sosial pada Isnin.

Menurut pemain Sparta Prague itu, dia mahu menjalani hidupnya "tanpa ketakutan, tanpa prejudis, tanpa keganasan, tetapi dengan cinta".

"Hai, saya Jakub Jankto. Seperti orang lain, saya mempunyai kekuatan saya. Saya mempunyai kelemahan saya. Saya mempunyai keluarga. Saya mempunyai kawan-kawan saya. Saya mempunyai pekerjaan yang saya telah lakukan sebaik mungkin, selama bertahun-tahun, dengan kesungguhan, profesionalisme dan semangat.

"Seperti orang lain, saya juga mahu menjalani hidup saya dalam kebebasan. Tanpa rasa takut. Tanpa prejudis. Tanpa kekerasan. Tetapi dengan cinta.

"Saya homoseksual dan saya tidak mahu lagi menyembunyikan diri," ujarnya dalam video tersebut.

Untuk rekod, Jankto telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di Itali, setelah meninggalkan akademi Slavia Prague untuk menyertai pasukan Serie A Udinese ketika berusia 18 tahun, dan membuat penampilan sulung profesionalnya tidak lama kemudian.

Selepas itu, dia menyertai Sparta Prague secara pinjaman pada Ogos 2021. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia