suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Odegaard dedah sikap sebenar Ronaldo ketika di Real Madrid

Ronaldo banyak membantu Odegaard ketika mereka sama-sama berada di Real Madrid. Foto: AFP

MARTIN Odegaard mendedahkan Cristiano Ronaldo adalah salah seorang daripada tiga pemain yang banyak membantunya ketika berhijrah ke kelab Real Madrid.

Odegaard, yang kini merupakan kapten Arsenal, menyertai Los Blancos dengan harga £3 juta (RM15.68 juta) pada Januari 2015.

Odegaard tidak dapat bertutur dalam bahasa Sepanyol apabila dia tiba di Madrid pada usia 16 tahun, tetapi bernasib baik kerana terdapat beberapa pemain yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Dedah Odegaard, tiga pemain yang banyak membantunya adalah Ronaldo, Luka Modric dan Toni Kroos.

"Apa yang saya fikirkan ialah bagaimana mereka akan melayan saya apabila saya masuk ke bilik persalinan. Budak kecil ini (dirinya) yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol.

"Tetapi mereka semua sangat baik dan mereka yang bercakap bahasa Inggeris (Kroos, Modric dan Ronaldo). Mereka mengambil berat tentang saya pada mulanya."

"Mereka memberi saya nasihat dan banyak membantu saya. Tetapi, secara jujur, saya tidak fikir mana-mana daripada mereka bimbang tentang seorang pemain berusia 16 tahun dari Norway akan mengambil alih tempat mereka dalam pasukan," ujar pemain berusia 24 tahun itu kepada The Players' Tribune. - Thesun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia