suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan rogol babit Ronaldo, wanita buat rayuan terhadap keputusan mahkamah

Mahkamah menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo, pada Jun. foto 2022 Sebastian Frej/MB Media

WANITA yang membuat dakwaan rogol terhadap Cristiano Ronaldo, memohon rayuan dalam keputusan hakim yang menggugurkan kes sivil terhadap bintang Manchester United itu.

Kathryn Mayorga, 37, mendakwa Ronaldo, juga 37, menyerangnya di sebuah suite penthouse di Las Vegas pada 2009.

Pemain bola sepak itu baagimanapun sentiasa menafikan dakwaan tersebut.

Peguam Mayorga kini bersiap sedia untuk berjuang di mahkamah bersama pasukan perundangannya, di San Francisco pada minggu ini.

Kes terhadap Ronaldo pada mulanya ditolak oleh Hakim Daerah AS Jennifer Dorsey pada Jun lalu, yang memutuskan bahawa peguam Mayorga telah menunjukkan 'niat buruk' dan bergantung pada dokumen sulit yang 'disembunyikan'.

Mayorga pernah bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak AS$375,000 (RM1.65 juta), tetapi dia cuba menghidupkan semula kes berkenaan atas alasan dia masih trauma ketika rundingan penyelesaian itu.

Dakwaan rogol itu pertama kali didedahkan kepada umum pada 2017. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain