suria

Benjamin Mendy didakwa rogol wanita di kediamannya

Mendy menghadapi lapan pertuduhan rogol.

PEMAIN bola sepak Manchester City, Benjamin Mendy yang didakwa merogol seorang wanita di bilik tidurnya mengaku telah melakukan hubungan seks dengan 10,000 wanita.

Perkara itu didedahkan Mahkamah Chester Crown semasa perbicaraan kes rogol membabitkannya baru-baru ini.

Difahamkan, pada Oktober 2020 pemain antarabangsa Perancis berusia 28 tahun itu didakwa memikat wanita berkenaan untuk masuk ke bilik tidur dengan mengambil telefonnya dan melihat gambar bogel.

Mereka kemudian kembali ke rumah Mendy di Mottram St Andrew, luar bandar Cheshire.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Mendy menggunakan cap jarinya untuk membuka pintu bilik tidur dan mangsa terpaksa mengikutnya masuk sebelum meminta telefonnya kembali.

Mangsa turut mendakwa dia diminta menanggalkan pakaian, kerana Mendy hanya ingin melihat tubuhnya.

Ekoran itu, wanita terbabit menanggalkan seluar dalamnya dan berulang kali memberitahu Mendy bahawa dia tidak mahu melakukan hubungan seks selain menyatakan akan dicari rakannya.

Mendy kemudiannya didakwa melempar telefon bimbit berkenaan yang menyebabkan mangsa terpaksa membongkok sebelum ditolak jatuh.

"Saya terpaksa bergelut dengannya ketika itu. Disebabkan itu, dia menyatakan bahawa pernah melakukan hubungan seks dengan 10,000 wanita," dakwa wanita terbabit.

Mendy bagaimanapun menafikan lapan pertuduhan merogol terhadap lima wanita, satu pertuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan cubaan merogol.

Kesalahan itu didakwa berlaku dalam lima kejadian berbeza di rumah terpencilnya di Cheshire antara Oktober 2018 dan Ogos tahun lalu. - Mirror.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain