suria

Barcelona potong babak pemain muda tiru aksi ‘siu’ Ronaldo

Babak di mana Lopez meniru aksi 'siu' Ronaldo selepas menjaringkan gol dipotong sebelum dimuat naik di media sosial Barcelona.

KELAB gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan telah 'menapis' muat naik di media sosial selepas salah seorang pemain muda mereka melakukan aksi seperti bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, ketika meraikan jaringan.

Fermin Lopez menjaringkan gol yang cemerlang ketika Juvenil A menentang Cornella pada hujung minggu lalu.

Selepas sepakannya memasuki gawang, pemain berusia 18 tahun itu melakukan 'siu' iaitu aksi ikonik Ronaldo ketika meraikan gol.

Bagaimanapun aksi Lopez nampaknya menimbulkan kemarahan pasukan media sosial Barcelona.

Pada mulanya aksi Lopez itu dapat ditonton ketika siaran langsung perlawanan, namun menurut Marca, ia telah dipotong sebelum dimuat naik di akaun Instagram kelab gergasi Catalan itu.

Sememangnya adalah tidak mengejutkan untuk melihat Barcelona mengambil langkah menapis apa sahaja perkara yang mengaitkan Ronaldo.

Bintang Portugal itu telah mencipta rekod luar biasa menentang pasukan Camp Nou. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain