suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jet peribadi ‘standby’ terbangkan Tuchel ke Piala Dunia Kelab

Chelsea bersedia untuk menerbangkan Tuchel beberapa jam sebelum perlawanan akhir menentang Palmeiras.

CHELSEA bersiap sedia dengan jet peribadi untuk 'menerbangkan' Thomas Tuchel ke Piala Dunia Kelab sekiranya dia didapati negatif Covid-19.

Tuchel perlu memberikan dua keputusan negatif bagi membolehkannya terbang ke Abu Dhabi untuk bersama-sama skuadnya.

Chelsea bersedia untuk menerbangkan Tuchel pada pagi Sabtu - hanya beberapa jam sebelum perlawanan akhir menentang juara Amerika Selatan, Palmeiras.

The Blues telah beraksi tanpa Tuchel sejak minggu lalu selepas pengendali dari Jerman itu disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lepas.

Namun Tuchel berminat untuk membuat penampilan perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menentang Palmeiras, dan bersedia untuk membuat perjalanan dalam masa yang singkat. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain