suria

McGregor jumpa Justin Bieber, tapi peminat teruja lihat tubuhnya

McGregor berkongsi foto pertemuannya dengan Justin Bieber menerusi Instagram miliknya.

PERTEMUAN antara peninju UFC Connor Mcgregor dengan penyanyi Justin Bieber di Bahamas ternyata menimbulkan kekecohan peminat.

Selain teruja melihat dua figura terkenal itu dalam satu gambar, peminat turut memperkatakan mengenai transformasi fizikal McGregor.

McGregor turut berkongsi foto pertemuan itu menerusi Instagram miliknya.

Peninju itu pada Disember lalu ada berkongsi mengenai berat badannya yang sedikit meningkat.

Namun, foto terbaharu memaparkan tubuhnya yang semakin kekar membuatkan dia menjadi perbualan peminat.

Untuk rekod, McGregor kini sedang berehat selepas dia mengalami kecederaan pada Julai tahun lalu.

Presiden UFC Dana White turut memberi bayangan bahawa McGregor akan kembali menghangatkan arena sukan itu, tidak lama lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain