suria

Terganggu bunyi bising biri-biri, Ronaldo bawa keluarga pindah ke rumah baru

Ronaldo bersama pasangan, Georgina Rodriguez dan empat anak mereka terpaksa berpindah dalam tempoh kurang seminggu angkara kambing biri-biri.

CRISTIANO Ronaldo dan keluarganya terpaksa berpindah ke kediaman baharu selepas kerap kali diganggu oleh bunyi bising kambing biri-biri.

Bintang berusia 36 tahun yang baru menyertai Manchester United itu dilaporkan terpaksa mengambil keputusan sedemikian kerana amat mementingkan rehat yang mencukupi sebelum dan selepas perlawanan bola sepak.

Ronaldo berpindah ke sebuah kediaman dengan tujuh bilik berharga £3 juta (RM17 juta) milik bekas bintang Manchester United.

Sebelum ini dia dan keluarganya menghuni kediaman berharga £6 juta (RM34 juta) di kawasan berkeluasan 23 ekar.

Namun Ronaldo bersama pasangan, Georgina Rodriguez dan empat anak mereka terpaksa berpindah dalam tempoh kurang seminggu angkara kambing biri-biri selain bimbangkan keselamatan.

"Walaupun hartanah itu cantik dan dikelilingi padang menghijau, ia terletak berdekatan dengan kawasan biri-biri yang sangat bising pada awal pagi.

"Ronaldo seorang pemain profesional sebenar yang memerlukan rehat yang mencukupi selepas perlawanan, jadi keputusan terbaik ialah berpindah," demikian menurut sumber.

Kediaman baharunya yang terletak di Cheshire mempunyai kolam renang, bilik pawagam dan empat garaj kereta selain dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), pagar elektrik dan dipantau pengawal keselamatan. - Thesun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain