suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola mahu penyokong serbu stadium Etihad Sabtu ini

GUARDIOLA tidak menafikan bahawa Southampton merupakan saingan yang hebat untuk Manchester City. — AFP

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mahu lebih ramai penyokong kelab itu datang ke stadium Etihad bagi menyokong perlawanan menentang Southampton pada Sabtu.

Menurutnya, kehadiran lebih ramai penyokong The Citizens secara langsung dapat membantu mendorong semangat pemain untuk menang.

"Dalam tiga perlawanan terakhir yang kami mainkan di sini, kita menjaringkan 16 gol,"

"Jadi saya ingin lebih ramai lagi peminat yang datang pada perlawanan berikutnya terutamanya hari Sabtu," katanya.

Tambahnya lagi, perlawanan pada Sabtu ini merupakan sangat penting bagi Manchester City memandangkan Southampton mempunyai corak permainan yang mirip dengan cara mereka.

Jelasnya lagi, dia tidak menafikan bahawa Southampton merupakan saingan yang hebat dan mereka mempunyai kualiti yang baik dalam permainan.

Terdahulu, Manchester City mencatat empat kemenangan keseluruhan dengan kejayaan membenam RB Leipzig, 6-3 dalam aksi Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan itu, Christopher Nkunku, Nathan Ake, Riyad Mahrez, Jack Grealish dan Joao Cancelo, masing-masing menyumbang gol untuk Manchester City manakala satu gol lagi adalah sumbangan pemain RB Leipzig, Nordi Mukiele yang mencetak gol ke gawang sendiri. — Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain