SHERIFF Tiraspol sedang menikmati cerita dongeng paling epik pada penampilan pertama di pentas Liga Juara-Juara musim ini. Sheriff Tiraspol yang hadir sebagai wakil Moldova meraih debut sempurna apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 2-0. Adama Traore dan Momo Yansane mencipta nama sebagai penjaring pertama kelab itu di pentas tertinggi Eropah. Penampilan mereka menjadikan wakil Moldova itu sebagai kelab pertama dari negara berkenaan beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Namun kemenangan itu cukup bernilai buat kelab itu ketika mereka sebenarnya hadir daripada negara yang tidak diiktiraf, Transnistria. Wilayah asal negara itu wujud sejurus meletusnya perang selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Ikut sejarah kelab, pasukan ini hanya ditubuhkan pada 1997 dan berpusat di Tiraspol. Perjalanan Sheriff Tiraspol pasti akan terus menarik ketika diundi bersama dua gergasi Eropah, Real Madrid dan Inter Milan dalam Kumpulan D. – dw.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI