suria

Messi, Neymar, Kylian Mbappe perlukan masa

Pochettino

JURULATIH Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino menyatakan bahawa trio penyerang utama mereka perlu menampilkan prestasi yang lebih baik dalam perlawanan akan datang.

Perkara itu susulan keputusan mengecewakan PSG setelah diikat seri dengan Club Brugge dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Khamis.

Dalam perlawanan itu, Ander Herrera membuka gol awal sebelum Hans Vanaken menyamakan kedudukan untuk kelab Belgium.

Barisan penyerang, Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe bergandingan buat pertama kali dilihat tidak dapat mengembalikan kedudukan PSG sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Juara-Juara musim ini.

"Kami tahu kami harus memperbaiki diri. Itu bukan masalah bagi saya.

"Saya gembira dengan usaha pertahanan penyerang. Kami harus lebih kuat dalam bahagian pasukan yang lain. Kami perlu bersaing, saling mengenali, saling memahami, bermain bersama untuk berjaya ketiga-tiganya tetapi itu bukan masalahnya malam ini," katanya.

Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa pasukannya belum cukup kuat dalam pertandingan Liga Juara-Juara.

Dia juga tidak senang dengan hasil dan prestasi, serta harus melakukan yang lebih baik.

Jelasnya lagi, dia memerlukan masa untuk bekerja dan membangun persefahaman antara ketiga-tiga pemain itu.

"Ia sudah jelas dan kami telah mengatakannya sebelum ini. Kami masih harus membentuk pasukan," ujarnya. — Mirror.com.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Berikut

Artikel Lain