suria

“Kaki saya lebih banyak dari trofi United menang sejak 8 tahun lepas,” Troll Elliot makan diri

HARVEY Elliot tersilap fakta tentang pencapaian Manchester United sejak 2013.

BINTANG Liverpool, Harvey Elliott membalas ejekan seorang penyokong Manchester United tentang kecederaan yang dialaminya tetapi malangnya dia tersilap fakta.

Pemain berusia 18 tahun itu baru selesai menjalani pembedahan buku lali di London pada Selasa, selepas mengalami kecederaan mengerikan itu ketika menentang Leeds United pada Ahad.

Namun kecederaannya menjadi ejekan seorang peminat Manchester United di TikTok yang menyebut, "Dia tidak akan berjalan seperti biasa lagi."

Elliot kemudiannya membalas dengan berkata," Saya mempunyai lebih banyak kaki berbanding trofi yang dimenangi United dalam tempoh lapan tahun lepas."

Elliot Tiktok

Komen Elliot yang akhirnya memakan diri kerana tersilap fakta.

Tetapi penyokong seterus Liverpool bertindak pantas 'membahan' kesilapan Elliot dengan mengatakan United telah memenangi empat trofi sejak 2013.

Red Devils memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti pada 2016, kemudian Piala EFL dan Liga Europa pada tahun berikutnya.

United bagaimanapun tidak menang sebarang trofi sejak 2018 walaupun hampir menang Piala Europa ketika menentang Villareal.

Seorang lagi penyokong United mengejek Elliot dengan berkata,"Nampaknya matematik bukan kepakarannya." — DailyMail

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Harvey Elliot, Manchester United

Artikel Lain