suria

Tanpa penyerang pun Man.City dah power! Kalau ada Kane, lagilah...

MAN.City tetap berbisa serta penuh bernafsu di depan gol walaupun tanpa penyerang sejati. — AGENSI.

MENGHASILKAN lebih banyak gol menerusi pemain sayap seperti dilakukan Manchester City mungkin tidak mampu untuk ditiru oleh pasukan lain.

Berterusan melakukan hantaran hingga mencipta tambahan jaringan menjadi perkara yang sering dan sedang dipraktikan oleh The Citizens.

Pada kemenangan 5-0 ke atas Norwich City Sabtu lepas, Man.City menghasilkan empat jaringan menerusi 26 hantaran lintang hingga menimbulkan dakwaan yang Harry Kane tidak lagi diperlukan untuk direkrut daripada Tottenham Hotspur.

Namun pengurus Man.City, Pep Guardiola tidak akan mudah terpedaya dengan statistik itu serta yakin angka jaringan itu mungkin bertambah andai kata Kane menyertai skuad The Citizens.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang Real Madrid kerap mesej Mbappe - "Bro, jomlah main bersama..."

Bercakap tentang situasi posisi penyerang, Guardiola menyatakan adalah menjadi keperluan untuk terus meningkatkan kualiti pasukan setiap tahun.

“Kami masih ada 10 hari lagi dalam pasaran perpindahan pemain dan kami akan lihat apa yang akan berlaku.

“Sebelum kemenangan 5-0, jika pasukan kekal sama, saya sudah cukup gembira dengan apa yang kami ada.

“Saya tidak pernah mengeluh sejak tiba di sini dan saya tidak akan melakukannya sekarang. Tetapi menjadi keperluan untuk terus melihat lebih jauh ke depan dan menjadi lebih baik," tegas Guardiola.

Sebelum ini Man.City sudah pun berbelanja £100 juta (RM 577.4 juta) untuk mendapatkan Jack Grealish.

Tetapi persoalannya adakah juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan turun beraksi dalam kesemua pertandingan tanpa pemain No 9?

Menarik juga untuk menyaksikan sama ada Man.City sanggup berbelanja £150 juta (RM866.1 juta) atau pun cuba minta pengurangan kepada £125 juta (RM721.7 juta) bagi mendapatkan khidmat Kane.

Timbul juga persoalan adakah The Citizens akan mencari pilihan lain andai kata Tottenham kekal berkeras dengan harga yang diminta sebelum ini. – Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain