suria

Gatal tangan sangat... Willian dikecam penyokong The Gunners

WILLIAN dikecam penyokong Arsenal kerana menekan butang like di Instagram Chelsea selepas pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi EPL kelmarin. — AGENSI.

PEMAIN Arsenal, Willian meletakkan dirinya dalam situasi getir selepas dikesan memberikan tanda suka (like) kepada muat naik terbaharu Chelsea sejurus bekas kelabnya itu menang ke atas The Gunners kelmarin.

Dua gol menerusi bintang baharu, Romelu Lukaku dan Reece James memastikan kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Arsenal di Stadium Emirates.

Kemenangan itu berjaya memastikan permulaan baik buat The Blues untuk mengetuai carta liga sementara The Gunners pula terperosok ke kedudukan kedua tercorot gara-gara kekalahan kedua berturut-turut.

Begitupun di sebalik keputusan itu, tindakan Willian seakan-akan menambah garam kepada kedukaan peminat The Gunners walaupun sudah pun menarik balik tanda like di posting berkenaan.

Maka tidak hairanlah, sebahagian penyokong Arsenal menggesa kelab itu melakukan sesuatu kepada Willian akibat daripada tindakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main melambung pujian Guardiola terhadap pemain ini - "Yang terbaik di dunia!"

“Tamatkan kontraknya,” gesa salah seorang penyokong.

Ada juga yang menyifatkan bekas pemain Chelsea itu sebagai 'double agent'.

chelsea

POSTING laman Instagram rasmi Chelsea yang mendapat tanda 'like' Willian. — AGENSI.

Malah penyokong Arsenal juga turut menggesa supaya kelab itu tidak lagi menandatangani mana-mana bekas pemain Chelsea selepas ini.

“Singkirkan pengintip Chelsea daripada kelab kami.”

Selepas gagal beraksi baik musim lalu, penyokong The Gunners seakan-akan sudah mula hilang keyakinan terhadap Willian.

“Willian berikan tanda like di Instagram? Lagi mahu tertanya-tanya kenapa penyokong Arsenal tidak sukakannya...”

Tidak hanya mencetuskan rasa marah kepada penyokong Arsenal, tindakan Willian juga menjadi bahan ketawa buat peminat Chelsea.

Penyokong The Blues menyifatkan tindakan Willian itu menjadikannya lebih popular berbanding apa yang pernah dikecapi sepanjang berada di Stamford Bridge.

“Saya sukakan Willian ketika berada di Chelsea tetapi sekarang saya lebib mencintainya,” kata seorang penyokong Chelsea. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

arsenal, chelsea, willian

Artikel Lain