suria

Terlepas pingat emas gara-gara kuda buat perangai!

Annika Schleu menangis kerana kudanya enggan membuat lompatan.

ATLET pentatlon dari German, Annika Schleu terlepas peluang memenangi pingat emas Olimpik setelah kudanya enggan melakukan cabaran lompatan.

Sebelum kejadian tersebut atlet terbabit dikatakan sedang berada di tempat pertama selepas dua cabaran pertama iaitu lawan pedang dan renang.

ARTIKLE BERKAITAN : Olimpik Tokyo paling mahal... kos yang digunakan boleh bina 1,200 sekolah, 300 hospital

ARTIKLE BERKAITAN : Pecah rekod, kasut dipakai Michael Jordan dijual pada harga luar biasa

Namun nasibnya berubah apabila tiba ke cabaran ketiga.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau gagal mendapat sebarang mata apabila kuda tunggangannya yang bernama Saint Boy enggan melakukan cabaran lompatan.

Kuda terbabit sebaliknya mundar-mandir di kawasan lapangan terbabit dengan Schleu yang kelihatan menangis.

Beliau menamatkan cabaran tersebut di tempat ke-31 daripada jumlah keseluruhan 36 orang peserta.

Bagi sukan ini, pelumba tidak membawa kuda mereka sendiri sebaliknya mereka akan menggunakan satu daripada 18 kuda yang disediakan kepada mereka.

Saint Boy sebelum ini pernah membuat perangai yang sama ketika ditunggangi Gulnaz Gubaydullina dari Rusia. - Insider

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

olimpik, Tokyo2020, pentatlon, kuda,

Artikel Lain