suria

Olimpik Tokyo: Aaron Chia-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik meraikan kemenangan. foto AP

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir dalam acara badminton beregu lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Berita gembira buat rakyat Malaysia itu selepas gandingan beregu tersebut menewaskan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-14, 21-17 di Plaza Sukan Mushashino di Tokyo.

Aaron-Wooi Yik yang juga beregu ranking ke sembilan dunia ketika ini, mempamerkan aksi pantas pada set pertama sehingga membuatkan gandingan beregu Indonesia itu melakukan kesilapan gagi memastikan kemenangan beregu negara 21-14 dalam tempoh 11 minit.

Set kedua mula menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus mempamerkan aksi pantas namun beregu Indonesia dilihat cuba bangkit hingga berjaya menyamakan kedudukan mata 16-16 pada satu ketika. Bagaimanapun, semangat serta keazaman kental dipamerkan Aaron-Wooi Yik bagi menamatkan permainan 21-17 dalam tempoh 19 minit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kemenangan itu sekali gus menamatkan rentetan kekalahan tujuh kali berturut-turut gandingan beregu negara kepada beregu Indonesia berkenaan, sebelum ini.

Aaron-Wooi Yik bakal bertemu pemenang perlawanan antara pasangan China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen atau Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah