suria

Gambar kontroversi tersebar... Rooney akui buat silap, mohon maaf kepada isteri dan Derby

Wayne Rooney membuat permohonan maaf selepas gambar kontroversinya tersebar baru-baru ini. Foto: Getty Images

SELEPAS beberapa hari gambar kontroversinya tersebar, bekas bintang England, Wayne Rooney membuat permohonan maaf.

"Saya melakukan kesilapan. Saya pergi ke satu parti tertutup (private party) dengan dua rakan saya.

"Dari pihak saya, saya ingin meminta maaf kepada keluarga dan kelab atas penyebaran gambar baru-baru ini.

"Saya ingin terus bergerak ke hadapan. Saya berterima kasih kepada Derby County kerana memberi saya peluang untuk terus memacu kelab ini," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pengendali Derby itu sebelum ini mendakwa dia diperangkap dan membuat laporan polis susulan gambarnya tertidur di bilik hotel dengan dua wanita separuh bogel tular.

Menerusi gambar tersebut, Rooney dirakam memeluk pinggang seorang wanita di kelab malam di Manchester.

Gambar lain menunjukkan Rooney tertidur di bilik hotel dengan sekurang-kurangnya dua orang wanita yang hanya memakai pakaian dalam. - Mirror.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah