suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tewas di tangan Chen Long, Zii Jia gagal mara ke suku akhir Olimpik Tokyo

Perlawanan itu berlangsung di Mushashino Forest Sport Plaza. Foto: BERNAMA.

PERJUANGAN pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ke suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 terkandas pada Khamis malam.

Set pertama turut menyaksikan pemain berusia 23 tahun ini terjatuh dan mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kanannya.

Pemain berusia 23 tahun itu tewas kepada pemenang pingat emas Rio 2016 dari China, Chen Long di pusingan kalah mati.

Aksi pusingan 16 terbaik itu menyaksikan Zii Jia menewaskan Chen Long ketika set pertama dengan keputusan 21-8.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia bagaimanapun tewas pada pusingan kedua dan ketiga dengan keputusan 21-19, 21-15, menyebabkan dia gagal ke suku akhir.

Perlawanan itu berlangsung di Mushashino Forest Sport Plaza.

Untuk pusingan suku akhir, Chen Long akan berdepan pemain nombor empat dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain