suria

Padah perkosa 2 wanita di London, pemain ragbi dipenjara 18 tahun

Kretteis dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun pada Jumaat lalu.

SEORANG pemain ragbi profesional disahkan bersalah atas dakwaan serangan seksual dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun pada Jumaat lalu.

Atlet itu, Paulo Kretteis turut dibuang universiti selepas tuduhan berkenaan dibawa ke muka pengadilan pada 2019.

Dia yang sebelum ini pernah bermain untuk pasukan bawah 21 Brazil didapati bersalah memperkosa dan membuat ugutan bunuh ke atas mangsa di London

Pemain berusia 22 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan dan dijatuhkan hukuman oleh hakim, Giles Curtis-Raleigh pada Jumaat.

Kedua-dua mangsa berusia 20 dan 25 tahun.

Selain kecederaan fizikal, kedua-dua mangsa turut terkesan secara emosi akibat kejadian itu.

Selain bukti rakaman CCTV yang dinafikannya, sampel DNA Kretteis turut ditemui pada jaket mangsa pertama. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain