suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakan sepasukan bergilir-gilir rakam foto, Messi bakal ucap selamat tinggal kepada Barcelona?

Kelihatan beberapa pemain merakam gambar bergilir-gilir dengan Messi.

PEMAIN Barcelona tidak ubah seperti 'peminat' yang mahu mengabadikan kenangan apabila mereka bergambar seorang demi seorang di samping kapten, Lionel Messi selepas kemenangan Copa del Rey ke atas Athletic Bilbao.

Menerusi video yang tular di laman sosial, kelihatan barisan pemain skuad Barcelona bergilir-gilir mengambil gambar dengan Messi bersama piala kemenangan mereka.

Ramai membuat spekulasi, seolah-olah ia memberi gambaran Messi akan mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona.

Dalam aksi pada Sabtu lalu, Antoine Griezman dan Frenkie de Jong memberi Barcelona kelebihan 2-0 sebelum Messi menyempurnakan dua lagi jaringan bagi melengkapkan kemenangan 4-0 untuk skuad kendalian Ronald Koeman.

Pemain antarabangsa Argentina itu hanya mempunyai baki kontrak selama dua bulan bersama skuad tersebut.

Mungkin boleh dikatakan Copa del Rey menjadi trofi terakhir yang dijulang Messi bersama Barcelona.

"Copa sangat sukar untuk dimenangi," kata Messi setelah perlawanan berakhir.

"Terlalu banyak penderitaan dilalui pasukan. Saya sangat gembira untuk kumpulan pemain ini kerana mereka berhak mendapat kegembiraan.

"Sangat istimewa untuk menjadi kapten kelab ini, di mana saya telah menghabiskan seluruh hidup saya, dan ini adalah Copa yang sangat istimewa (untuk menang)," kata Messi. - Planetfootball.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain