suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saling mengagumi, Drake cabar McGregor keluarkan album rap sendiri

Dalam perbualan mereka di Instagram, Drake secara berseloroh mencabar McGregor agar menerbitkan sebuah album rap.

JAGUH UFC, Conor McGregor bukan sahaja diminati oleh penggemar sukan itu, malah turut menjadi pujaan selebriti terkenal.

Antaranya Drake yang juga penyanyi rap terkenal dari Kanada.

Malah, mereka juga pernah merakam gambar bersama sebelum ini.

Terbaharu, Drake turut mencabar peninju itu agar menerbitkan album rap sendiri.

Ia selepas McGregor memuji lagu baharu yang dilancarkan oleh Drake.

"Adikku sayang, terima kasih kerana melancarkan tiga lagu baharu.

"Ia berkualiti, seperti lagu-lagu sebelum ini.

"Semoga kamu dan pasukan diberkati," kata McGregor.

Dalam perbualan mereka di Instagram, Drake secara berseloroh mencabar McGregor agar menerbitkan sebuah album rap.

Pada 2018, Drake juga pernah menyaksikan perlawanan antara McGregor dengan Khabib Nurmagomedov. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

UFC, McGregor, Drake, album rap

Artikel Lain