suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maverick McNealy pemain golf paling kaya di dunia?

Bapanya merupakan pengasas bersama syarikat teknologi komputer Sun Microsystems yang ditubuhkan pada 1982.

NAMA Maverick McNealy mungkin tidak dikenali ramai, namun dia dipercayai merupakan pemain golf paling kaya di dunia.

Berusia 25 tahun, dia hanya menduduki tangga 128 dalam ranking golf PGA dan mula berkecimpung secara profesional pada 2017.

Namun, aset yang dimiliki mengalahkan pemain seperti Tiger Wood.

Ia kerana dia mewarisi kekayaan bapanya, seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Scott McNealy.

Scott merupakan pengasas bersama syarikat teknologi komputer Sun Microsystems yang ditubuhkan pada 1982.

Bintang golf itu dikahabrkan mewarisi £800 juta (RM4.5 bilion) harta bapanya.

"Saya tidak pernah menghakimi kejayaan saya dalam dunia golf dengan kekayaan. Namun ia merupakan hasil komitmen dan usaha sendiri.

"Ayah tidak pernah beri elaun kepada saya dan abang. Apabila tamat kolej, kami perlu mencari kerja," dedah Scott bercerita dengan rendah diri mengenai kekayaan keluarganya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain