suria

Posing sakan atas bangkai kuda, jurulatih sukan teruk dikecam

Elliot (kiri) yang juga bekas joki kuda baru-baru ini mengaku dia merupakan individu dalam foto kontroversi itu.

JURULATIH sukan lumba kuda Ireland, Gordon Elliott menerima kecaman hebat selepas dia bergambar di atas bangkai seekor kuda, baru-baru ini.

Malah, kes itu juga sedang disiasat oleh Lembaga Peraturan Perlumbaan Negara itu.

Biarpun sudah memohon maaf sebanyak dua kali, timbul desas-desus bahawa jurulatih berusa 42 tahun itu juga akan disekat dalam menyertai sebarang sukan berkaitan di Britain.

Elliot yang juga bekas joki kuda baru-baru ini mengaku dia merupakan individu dalam foto kontroversi itu.

Malah, dia turut menyesali perbuatan itu.

"Saya akan dihukum. Saya faham hal itu. Tapi saya juga kecil hati orang kata saya tidak menghormati kuda-kuda saya.

"Itu tidak benar," ujar Elliot yang mendedahkan dia dibesarkan dengan kuda sejak kecil dan cukup rapat dengan haiwan-haiwan itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain