suria

Tiga bulan alami kecederaan bahu, Rashford mungkin perlu jalani pembedahan

Marcus Rashford mengalami kecederaan bahu pada November tahun lalu. Foto: Getty Images

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford berdepan dengan kemungkinan terpaksa menjalani pembedahan setelah bermain dengan kecederaan bahu musim ini, menurut laporan.

Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan pada bahu ketika menentang Everton pada November tahun lalu.

Rashford, yang membuat 42 penampilan untuk pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer musim ini, telah dikritik kerana penampilannya baru-baru ini ketika menentang Chelsea dan Crystal Palace.

Namun menurut The Telegraph, Rashford terus beraksi dengan rasa tidak selesa dan mungkin memerlukan pembedahan untuk menyelesaikan masalahnya selepas liga UEFA musim panas ini.

Laporan itu juga mendakwa pemain United 'kagum' dengan tekad Rashford untuk terus bermain dalam kesakitan memandangkan kecederaan tersebut mampu menghalang pergerakan dan kemampuannya untuk menahan lawan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain