suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang ragbi terima gambar lucah dalam grup WhatsApp selepas ikat kontrak dengan pasukan baharu

Kontrak Folau dengan pasukan Ragbi Australia ditamatkan pada 2019 selepas dia membuat posting menghina golongan gay.

BINTANG ragbi, Israel Folau pernah terpalit kontroversi kerana didakwa membuat komen bersifat penghinaan terhadap golongan gay pada tahun 2019.

Pada tahun 2020, telefon milik atlet itu dihujani foto lucah pasangan sejenis selepas dia menyertai grup WhatsApp pasukan Catalans, sejurus mengikat kontrak 12 bulan dengan pasukan itu.

Dikhabarkan, foto-foto itu dihantar oleh rakan sepasukannya sendiri selepas dia menyertai grup WhatsApp itu.

Biarpun disambut dengan cara sebegitu, Folau berjaya menyesuaikan diri sehingga mengikat kontrak baharu pada Jun tahun lalu.

Untuk rekod, kontrak Folau dengan pasukan Ragbi Australia ditamatkan pada 2019 selepas dia membuat posting dengan berkata neraka sedang menanti golongan gay. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain