suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Porsche 911 milik Maradona bakal dilelong, cecah harga hingga RM959,000

Porsche 911 milik Maradona bakal dilelong di Paris. Foto: The Mega Agency

KERETA Porsche milik Diego Maradona yang menyaksikannya pernah ditahan kerana memandu melebihi had laju ketika era kegemilangannya di Eropah, akan dilelong dengan harga £170,000 (RM959,000).

Legenda Argentina itu yang meninggal dunia November tahun lalu ketika berusia 60 tahun, kembali ke negaranya dari Sevilla pada 1993 selepas pelbagai kontroversi di luar padang ketika di Sepanyol.

Hanya 1,200 model Porshe 911 seperti dimiliki Maradona dikeluarkan.

Dia seringkali dilihat memandu kereta tersebut untuk menjalani latihan di Sevilla.

Syarikat lelongan antarabangsa, Bonhams menjangkakan kereta ikonik tersebut akan dijual sekitar £130,000 (RM733,000) sehingga £170,000 (RM959,000) di Paris antara 3 hingga 10 Mac ini.

Maradona menerima kereta tersebut pada November 1992, dua bulan selepas menyertai Sevilla. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain