suria

Peninju kacak sedia kembali ke gelanggang, transformasi badan curi perhatian

Berusia 21 tahun, dia mula mencuri perhatian selepas muncul dalam program Love Island pada 2019.

PENINJU muda, Tommy Fury berkongsi foto transformasi badannya menjelang perlawanan yang bakal berlangsung Sabtu ini di London.

Bagaimanapun, nama peninju yang bakal berentap dengannya pada hujung minggu ini belum lagi didedahkan.

Berusia 21 tahun, dia mula mencuri perhatian selepas muncul dalam program Love Island pada 2019.

Menerusi porgram itu, dia bertemu dengan buah hatinya, Molly-Mae Hague.

Transformasi badan peninju itu.

Mencipta populariti dalam program itu, Tommy bagaimanapun memilih haluan ke bidang sukan dan mahu bergelar peninju.

"Selepas tamat program Love Island, apa yang saya mahu lakukan adalah menjadi peninju.

"Love Island sangat menyeronokkan, ia membawa pelbagai kelebihan dan wang, tapi menjadi peninju lebih penting berbanding kehidupan sebagai selebriti," ujarnya.

Untuk rekod, Love Island merupakan program realiti cinta dan pencarian jodoh menerusi saluran televisyen di United Kingdom (UK). - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain