suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar cuba pikat teman wanita Zaniolo

Neymar dikatakan sedang cuba memikat Chiara.

WALAUPUN sedang dalam proses untuk pulih daripada kecederaan, Neymar tetap menjadi tajuk utama sekalipun berada di 'luar padang'.

Terbaharu, bintang Paris Saint-Germain itu dikatakan sedang cuba memburu cinta model jelita Itali, Chiara Nasti.

Chiara yang juga seorang selebriti media sosial merupakan kekasih kepada bintang Roma, Nicolo Zaniolo.

Media tempatan melaporkan bahawa Neymar sering meninggalkan komen dan meletakkan tanda suka (like) pada setiap perkongsian Chiara di Instagram.

Selepas cubaan memikat model jelita tersebut tidak membuahkan hasil, bintang antarabangsa Brazil itu cuba pula berhubung secara peribadi namun usaha berkenaan juga tidak berjaya.

Zaniolo dan Chiara sebelum ini pernah berkongsi foto mereka berdua pada Hari Valentine, sekaligus memberi isyarat percintaan mereka bukan lagi rahsia.

Kedua-duanya turut mencacah tatu yang serupa sebagai simbol ikatan cinta mereka. - Marca.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain