suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wang kejuaraan bagaikan setitis air di lautan, bintang tenis warisi kekayaan luar biasa bapa

Bapa Jessica, Terry Pegula memiliki kekayaan bernilai £3.5 bilion (RM20.36 bilion).

BAGI bintang tenis sensasi, Jessica Pegula, wang kemenangan dalam sukan itu bagaikan setitis air di lautan sahaja.

Mana tidaknya, pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 26 tahun itu bakal mewarisi harta bapanya yang memiliki kekayaan luar biasa.

Bapanya, Terry Pegula memiliki kekayaan bernilai £3.5 bilion (RM20.36 bilion).

Malah, keluarga bintang tenis itu turut memiliki kapal layar mewah bernilai £14 juta (RM79.19 juta).

Malah, timbul khabar angin keluarga itu kini sedang meninjau untuk membeli kapal layar yang jauh lebih mewah berbanding yang dimiliki sekarang.

Satu fakta menarik, jika semua harta Roger Federer, Serena Williams dan Maria Sharapova digabungkan, ia masih belum cukup untuk menandingi harta yang dimiliki Jessica dan bapanya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain