suria

“Jika Ronaldo dilahirkan di Dagestan, dia juga mampu jadi juara UFC” - Khabib

Khabib dan Ronaldo sememangnya merupakan sabahat baik. Foto: Instagram

UMUM mengetahui Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov sememangnya sahabat baik dan mereka saling mengkagumi antara satu sama lain.

Baru-baru ini, Khabib berkata Ronaldo mampu menjadi juara UFC jika bintang Juventus itu dilahirkan di Dagestan.

Wilayah itu terkenal kerana berjaya melahirkan petarung terbaik sukan seni bela diri campuran (MMA) sejak sedekad lalu.

Bapa Khabib, Abdulmanap adalah antara individu yang banyak menaikkan nama petarung dari wilayah berkenaan.

"Saya sangat meminati bola sepak sejak zaman kanak-kanak dan sentiasa menyimpan impian untuk menjadi seorang pemain bola terkenal.

"Tapi saya dilahirkan di Dagestan dan anda sendiri tahu apakah keutamaan di tempat itu.

"Siapa tahu, jika Cristiano Ronaldo dilahirkan di Dagestan, dia juga mampu menjadi juara UFC.

"Apa yang saya ingin katakan ialah bola sepak adalah sukan popular dan saya menjadi seorang petarung kerana sudah dididik sejak kecil," katanya. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain